Cerita Saya Lahir
Pagi hari ini (2/2/2015) hari Isnin, abang Asyraf demam. Abah amik keputusan untuk cuti sebab nak jaga abang Asyraf. Ummi pulak memang nak habiskan minggu ni sebelum cuti panjang nak lahirkan saya. Sebenarnya, tarikh saya dijangka lahir ialah pada 10/2/2015. Maknanya ada 8 hari lagi la.
Ummi pun offer jugak kat abah untuk ambil cuti hari ni. Lagipun ummi cakap sejak jam 5 pagi tadi lagi saya yang kat dalam ni asyik mengeras luarbiasa je. Dahtu kerap juga la saya mengeras. Nak kata kuar tanda apa2 takde pulak.
Dengar je camtu, abah cakap kat ummi untuk sama-sama ambil cuti hari ni. Bila Klinik Kesihatan Simpang Renggam dah buka nanti boleh pergi check kot2 dah ada bukaan walaupun belum keluar tanda. Dalam bersiap2 tu, perut ummi dah memang mengeras je (saya la tu..hehe). Akhirnya, lepas tumpangkan kak Husna pergi sekolah dengan kawan, abah, ummi, abg Asyraf dan kak Iffah pun terus pergi ke Hospital Besar Kluang.
On the way, ummi senyap je. Abah pun senyap. Abg Asyraf ngan kak Iffah je yang buat bising. Tapi perjalanan ke hospital kali ini lebih tenang berbanding masa nak hantar ummi bersalinkan abg Asyraf dulu. Sampai kat hospital, pergi makan breakfast dulu memandangkan belum makan apa2. Lepas tu baru berjalan ke dewan bersalin. Masa ni ummi dah jalan pun slow je.
Sampai kat dewan bersalin, serahkan buku pink dan tunggu nama dipanggil. Tak lama lepas tu, nurse pun panggil nama ummi, dalam jam 8.30 masa tu. Tunggu punya tunggu dekat jam 10.00 baru la dapat tahu ada bukaan tapi baru 2cm. Doktor suruh ummi duduk dalam wad sebab dia bajet malam karang baru bersalin . So, lepas tu abah pun uruskan kemasukan ummi ke wad. Dalam jam 11.15 nurse bawak ummi masuk ke wad.
Oleh kerana ada masa (jangkaan bersalin malam) abah cakap kat ummi nak balik ambil atuk Aisyah kat kampung. Takut malam baru bersalin, jadi ada la orang nak jaga kak Husna, abg Asyraf dan kak Iffah. Jadi abah pun pergi la ngan abg Asyraf dan kak Iffah. Sampai kat Air Hitam, ummi mesej abah bagitau nak kena masuk labour room semula sebab sakit makin kerap. Abah pun patah balik ke Hospital Kluang. Masa tu jam 12.20, sampai semula kat hospital jam 1.00.
Masa abah sampai kat hospital semula, tanya nurse. Katanya bukaan baru 4cm. So, abah, abg Asyraf dan kak Iffah pun pergi makan dan solat zuhur dulu. Jam 2.15 tunggu balik kat dewan bersalin tu.
Akhirnya, jam 2.46 petang, abah yang tgh tunggu kat luar tu dengar bunyi baby menangis kuat sangat. Agak2 dah tu memang suara saya la tu. Siapa lagi kan. Alhamdulillah saya selamat lahir ke dunia ni dengan izin Allah SWT. Terima kasih Allah kerana saya sempurna secara fizikal (3.10 kg) walaupun 2 kali scan sebelum ini doktor tak jumpa tangan saya. Memanglah manusia takkan mampu menyaingi ilmu Allah walau secanggih manapun peralatan yang digunakan.

Sarapan dulu. Ummi dah tak selera nak makan.
Menunggu di sini dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang.
Aksi abg dan kakak yang menunggu kelahiran saya. Kak Husna tak dapat join sebab pergi sekolah.
Wajah pertama saya dirakam selepas selesai diazan dan diiqamahkan oleh abah.
1 comments:
Alhamdulillah. Tahniah baby kecil selamat lahir ke dunia.
Post a Comment