Tuesday, February 3, 2015

4D scan..Tak jumpa tangan

Hari ini abah bawa ummi pergi ke Kluang Maternity Hospital unuk buat scan 4D. Kisahnya, masa check kat KKSR, nurse cakap babynya dalam posisi melintang dan kena refer ke Hospital Besar Kluang. Jadi, lepas check di Hospital Besar Kluang tu, kami terus pergi ke Kluang Maternity Hospital untuk scan 4D. Bukan nak tengok jantina, sebab dah tau masa scan yang sebelum ni.

Di Kluang Maternity Hospital, kami pun tunggu giliran. Sampai masanya, kami pun dipanggil masuk ke dalam bilik doktor. Doktor pun buat scan, mula-mula 2D lepas tu 4D. Doktor pun dengan excited beritahu jantina baby (abah ngan ummi je yang kurang excited sebab dah tau) bukannya tak excited nak dapat baby boy. Memang harapnya nak dapat baby boy, buat kawan abg Asyraf tu.

Scan punya scan, tetiba doktor cakap "Kaki nampak, tangan tak nampak". Terus berubah air muka abah ngan ummi. Dalam hati Allah je yang tahu betapa risaunya. (Sebenarnya post ni pun ditulis selepas saya lahir...dalam keadaan sempurna fizikal. Masa lepas scan ni memang tak tergamak nak menaip post sebegini, takut benar2 terjadi).

Ni suntingan video yang doktor cakap "Kaki nampak, tangan tak nampak".


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...