Friday, April 22, 2016

Jalan dengan abah

Petang ni saya tinggal berdua je dgn abah. Kak Husna, abg Asyraf dan kak Iffah ikut ummi pergi sekolah tengok perkhemahan pengakap. Mula2 saya tengok tv je pastu sekejap je saya dah bosan. Abah pun ajak saya pergi supermarket beli barang.
Kami pun pergi la berdua. Tak banyak sangat pun barang nak dibeli. Abah belikan saya biskut chipsmore. Sepanjang masa tu saya pegang je la paket biskut tu sampai nak bayar pun kakak cashier tu cakap nak pinjam sekejap. Lepas tu dia bagi saya balik.
Masuk kereta duduk kat carseat pun saya pegang je biskut tu. Abah ckp nanti sampai rumah boleh la makan.

Bila sampai kat rumah...

Saya dah tertidur....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...